Total Pageviews

10/04/2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Buat semua guru, kakitangan dan para pelajar daerah Temerloh khasnya. Blog PPDa untuk dikongsi bersama bagi kemudahan dan kepentingan kita dalam menyampaikan mesej serta informasi terkini berkaitan dengan pengurusan PPDa peringkat Daerah Temerloh.

Inisiatif ini dibuat bertujuan untuk kepentingan kita bersama dalam membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat umumnya dan warga pendidikan khasnya. Justeru itu, bersama-samalah kita berganding bahu dan berkerjasama demi kebaikan dan kesejahteraan kita semua. Segala maklumat, idea, pandangan, cadangan serta komentar dapat dikongsi demi agama, bangsa dan negara.

1Malaysia Membanteras Dadah dapat direalisasikan dan Sekolah Bebas Dadah tahun 2012 dapat dicapai. Signifikannya, semua pihak memberi komitmen padu dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti yang telah, sedang dan akan dirancang nanti.